top of page

​

​

jplbannerwebsejarah.gif

Tarikh: 11 Jun 2024

Tempat: Bilik Gerakan IPGM Kampus Kota Bharu


Kursus ini telah dilaksanakan bertujuan memperkukuhkan nilai dan etika golongan profesional dalam persekitaran kerja . Kursus sehari ini mendedahkan para peserta kepada etika dan nilai kerja yang cemerlang menepati kehendak semasa berinspirasikan gagasan kerajaan madani. Pada kursus ini juga peserta didedahkan kepada arahan perbendaharaan dan prosedur kewangan yang diamalkan pada masa sekarang.







 
 
 

Tarikh: 10 Jun 2024

Tempat : Jabatan Pembangunan Latihan


Hari Bertemu Pelanggan JPL IPGKKB telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan peringkat IPG Kampus pada 10 Jun 2024. Program ini diadakan bertujuan membantu menyelesaikan permasalahan yang timbul berkaitan dengan dokumentasi latihan dan rekod yang terdapat dalam sistem SPLKPM. Pada hari tersebut juga diadakan pertemuan dengan setiausaha LPS dan CPD bagi membincangan agenda latihan yang akan dilaksanakan.






 
 
 

Updated: Apr 25, 2024

Tarikh : 19 Mac 2024

Tempat : Bilik Gerakan ,IPG Kampus Kota Bharu.


Kursus kepimpinan kualiti kerja dan KPI dalam pengurusan telah dilaksanakan pada 19 Mac 2024. Kursus ini telah disampaikan sendiri oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah IPG Kampus Kota Bharu. Penyampaian kursus dengan dua gaya berbeza dan tersendiri memikat perhatian 21 orang untuk tetap setia dikerusi peserta sehingga tamat kursus.



















 
 
 

JPLIPGKKB

bottom of page