Tarikh: 14 Ogos 2024
Tempat: Dataran Hj Hashim
Sebagai menghargai jasa dan sumbangan pihak pensyarah dan staf IPGMKKB, Anugerah Citra telah diwujudkan dan disampaikan, khasnya bagi mereka yang aktif mengisi SPLKPM dan menyertai pelbagai aktiviti samada diperingkat dalaman dan luar KPM. Seramai tujuh orang penerima Anugerah utama Citra telah disampaikan oleh Timbalan Rektor Kanan IPGM, Pn. Anis Alisya binti Abdullah, bertempat di Dataran Haji Hashim, IPGMKKB. Antara anugerah yang disampaikan adalah Anugerah Citra Penyelidikan yang dimenangi oleh Dr. Abd Hamid Ali, Anugerah Citra Inovasi dimenangi oleh Dr. Riduan Idris, Anugerah Citra Pembelajaran Kendiri dimenangi oleh Haji Halim Konting, Anugerah Citra Penulisan dimenangi oleh Dr. Nor Kamilah Makhtar, Anugerah Citra Karisma dimenangi oleh Dr. Murni Deraman dan anugerah tertinggi, Anugerah Citra iltizam dimenangi oleh Puan Norita Ismail. Selain memberi galakan kepada semua warga IPGMKKB untuk pengisian pelbagai aktiviti PBB dalam ruangan SPLKPM, ia juga diharapkan mampu memberikan suntikan semangat kepada semua untuk lebih aktif, khasnya dalam pengisian SPLKPM.
- CK JPL







Comments