SESI LIBAT URUS PENCERAMAH / FASILITATOR PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) PRA PERKHIDMATAN AMBILAN PISMP 2021/2026 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN
- rosdizin
- May 6
- 1 min read
Tarikh : 6 Mei 2026
Tempat : Dewan KDP IPG Kampus Kota Bharu
Sesi Libat Urus Penceramah dan Fasilitator Program Transformasi Minda (PTM) Pra Perkhidmatan bagi ambilan PISMP 2021/2026 anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kementerian Pendidikan Malaysia telah dilaksanakan sebagai platform penyelarasan dan perkongsian maklumat antara pihak penganjur dengan barisan penceramah serta fasilitator yang terlibat.
Program ini bertujuan memastikan semua pihak memahami hala tuju, objektif, kandungan modul serta pendekatan pelaksanaan PTM secara menyeluruh. Selain itu, sesi ini turut memberi penekanan terhadap peranan dan tanggungjawab penceramah dan fasilitator dalam membimbing peserta agar selari dengan matlamat pembentukan nilai profesionalisme, jati diri serta kompetensi sebagai bakal pendidik.
Melalui sesi libat urus ini, pelbagai input, cadangan penambahbaikan dan perkongsian pengalaman telah dibincangkan bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program. Diharapkan hasil perbincangan ini dapat memastikan kelancaran perjalanan PTM serta memberi impak yang positif kepada pembangunan sahsiah dan profesionalisme guru pelatih.








Comments