Tarikh: 10 -14 Mei 2026
Tempat: SSTP Kelantan dan IPG Kampus Kota Bharu
Program Transformasi Minda (PTM) Pra Perkhidmatan Ambilan PISMP 2021/2026 merupakan satu program pembangunan sahsiah dan profesionalisme yang dilaksanakan bagi membentuk jati diri siswa guru sebagai bakal pendidik dan penjawat awam yang berintegriti, kompeten serta berdaya saing. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan nilai, etika kerja, budaya organisasi, tatakelakuan penjawat awam serta peranan guru dalam mendukung aspirasi pendidikan negara.
Pelbagai pengisian telah dilaksanakan sepanjang program seperti ceramah profesionalisme keguruan, pembinaan pasukan, komunikasi berkesan, pengurusan organisasi, kepimpinan, patriotisme dan aktiviti pembangunan sahsiah. Selain itu, program ini turut memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran insaniah, semangat kerjasama serta kemampuan menyesuaikan diri dengan cabaran dunia pendidikan masa kini.
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Latihan, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Pelaksanaan program ini diharapkan dapat melahirkan bakal guru yang berkualiti, berakhlak mulia, berfikiran positif dan sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan pendidikan yang terbaik kepada masyarakat dan negara.






















