
JPLIPGKKB
KLUSTER LATIHAN
KLUSTER LATIHAN MENGIKUT KURSUS.TERDAPAT ENAM KATEGORI LATIHAN PPB KEPADA GURU DALAM PERKHIDMATAN BERDASARKAN PIPPK(2016)IAITU KLUSTER PENDIDIKAN,KLUSTER STEM,KLUSTER BAHASA,KLUSTER KEMANUSIAAN,KLUSTER KOKURIKULUM DAN KLUSTER GENERIK.

PENDIDIKAN
Latihan PPB dibawah bidang Pedagogy Content Knowledge (PCK) secara umum yang tidak melibatkan mana-mana subjek secara khusus. Cth : KBAT dalam pendidikan, PAK 21, pentaksiran bilik darjah, pendidikan khas, pendidikan awal kanak-kanak.

STEM
Latihan PPB dibawah bidang CK dan PCK bagi subjek Matematik, Sains,Teknologi dan RBT. Cth: KBAT dalam STEM, PAKK 21 dalam STEM,literasi data untuk pendidikan, teknologi dalam pendidikan.

BAHASA
Latihan PPB dibawah bidang Bahasa Inggeris, Cina Tamil, Iban, Kadazan dusun, Semai, Jepun,Peranchis dan German sahaja. .

KOKURIKULUM
Latihan PPB dibawah bidang kemahiran sukan/permainan,beruniform dan persatuan/kelab dalam bidang kejurulatihan,kepegawaian,kepengadilan dan kepengelolaan.

KEMANUSIAAN
Latihan PPB dibawah bidang PCK bagi mata pelajaran Sejarah,Pendidikan Islam, Pendidikan Jasmani, Geografi dan lain-lain.

GENERIK
Latihan PPB dibawah bidang umum yang berkaitan kemahiran individu dan insaniah, cth: Pengacaraan, Pengurusan kewangan,pengurusan organisasi, pengurusan sumber manusia dan pengucapan awam.