
JPLIPGKKB

JPL IPGKKB
JABATAN PEMBANGUNAN LATIHAN
IPG KAMPUS KOTA BHARU
Kompetensi Anda Komitmen Kami
SELAMAT DATANG
Jumlah Pengunjung
JABATAN PEMBANGUNAN LATIHAN (JPL)
SENARAI LPS & CPD HARI INI
SENARAI LPS & CPD AKAN DATANG
Keupayaan kompetensi melalui penguasaan bidang ilmu, pedagogi, kemahiran dan kualiti diri adalah sangat penting bagi memenuhi tuntutan transformasi pendidikan. Dunia pendidikan hari ini memerlukan kita sentiasa memikirkan tentang formula kejayaan melalui pemikiran yang kreatif dan proaktif, nilai dan integriti yang tinggi bagi memenuhi aspirasi KPM iaitu pendidikan berteraskan kualiti, berkualiti tinggi serta berautonomi. Justeru itu semua warga IPGKKB yang diterajui barisan pengurusan, para pensyarah, staf sokongan dan para pelajar seharusnya saling melengkapi dan menjiwai semangat kebersamaan bagi sama-sama melangkah mencapai visi dan misi IPG.
Dr. Hjh.Narita Mohd Noor
Pengarah
IPG Kampus Kota Bharu

Tindakan 2025
01
Bacaan Buku
02
1 E-Pembelajaran
03
1 Pensyarah 1 CPD
04
Laporan Aktiviti Selepas Pelaksanaan
05
Update Latihan ke dalam HRMIS
06
Capai 42 Mata Kredit selewatnya Mei
Misi Jabatan
Jabatan Pembangunan Latihan (JPL) adalah diberi peranan untuk mengenal pasti dan menentukan keperluan latihan tahunan PPP dan PBG serta staf sokongan yang dikenali sebagai Anggota Kumpulan Pelaksana 1 & 2 (AKP 1 & AKP 2). Selain daripada itu, ULDP diberi mandat untuk melaksanakan latihan secara menyeluruh bagi melahirkan warga yang berpengetahuan dan berkemahiran yang tinggi dalam bidang Pendidikan atau Keguruan (Kluster 8, Pemantapan Pembangunan Profesional Keguruan) dan pentadbiran yang cekap selaras dengan kehendak IPGM dan sekaligus memacu negara bagi mencapai tahap pendidikan bertaraf dunia.

ANUGERAH CITRA
Anugerah Citra telah diwujudkan bermula pada tahun 2020 untuk memberi penghargaan kepada kakitangan akademik yang telah berjaya melakar pencapaian cemerlang dalam bidang latihan, inovasi, dan penyelidikan. Pencapaian ini diukur melalui mata kredit terkumpul tertinggi sepanjang tahun, berdasarkan data SPLKPM. Terdapat 8 kategori pencapaian yang disediakan, dan pencapaian tertinggi akan dianugerahkan Anugerah Citra Iltizam. Selain itu, Anugerah Citra Jabatan juga diwujudkan untuk menghargai ahli jabatan dan unit yang memperoleh mata kredit terkumpul paling tinggi.

Semalam telah berlalu...
PENEKANAN ASPEK LATIHAN




Jenis-jenis Latihan

Program Dasar
Unit Program Dasar berperanan membantu Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan dasar-dasar terkini kerajaan agar latihan yang berikan kepada bakal guru seiring dengan perkembangan dasar pendidikan negara.

Latihan dalam Perkhidmatan
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan berperanan menjalankan Latihan Pembangunan Staf (LPS) kepada kakitangan akademik dan bukan akademik dan Pembangunan Profesionalisma Berterusan (CPD) kepada semua guru di Malaysia.

Pengsiswazahan
Unit Pengajian Siswazah membantu siswazah sarjana dan kedoktoran melaksanakan pengajian secara sistemik seterusnya membimbing pembentangan dan perkembangan tesis.