top of page

​

​

jplbannerwebsejarah.gif

Tarikh: 6 Ogos 2024

Tempat: Bilik Mahfor Baba, IPGM Kampus Kota Bharu.


Kursus ini dijalankan selama satu hari untuk memberi pendedahan kepada staf sokongan tentang pengurusan yang berkualiti dan cara-cara membina komunikasi berkesan dikalangan kakitangan. Kursus ini dijalankan secara kursus dan bengkel selama 6 jam.

En. Roslan Wahid yang berkemahiran dan mempunyai kompetensi dalam bidang komunikasi telah dijemput sebagai penceramah sepanjang kursus berlangsung.



ree

ree

ree

ree

 
 
 

Tarikh: 25 Julai 2024

Tempat: Yayasan Islam Kelantan, Kota Bharu.

Jabatan Pembangunan Latihan IPGM KKB telah mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Islam Kelantan, Kota Bharu pada 25 Julai 2024 . Inisiatif ini diadakan bertujuan memupuk semangat muhibbah dan kerjasama diantara dua institusi kearah menjalin kesepakatan dan mencari sinergy baru dalam latihan kepada guru-guru YIK(Yayasan Islam Kelantan).

Pertemuan ini berlangsung dengan jayanya dan berjaya mencetuskan pelbagai idea, cadangan dan pelbagai perancangan untuk melahirkan program-program yang berfokus pada masa akan datang.



ree

ree

ree

 
 
 

Tarikh: 26 Jun 2024

Tempat : Bilik Gerakan.


Bengkel Penggubalan Maklumat Latihan dan Modul CPD telah dilaksanakan dengan kehadiran peserta seramai 13 orang yang mewakili jabatan dan unit yang terdapat di IPG Kampus Kota Bharu. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memantapkan lagi kefahaman peserta untuk menghasilkan Maklumat Latihan seterusnya dapat menghasilkan modul latihan yang dapat digunakan oleh setiap ahli jabatan masing-masing. Hal ini penting kerana dapat membantu pensyarah novis melaksanakan latihan jika dijemput oleh pihak yang berkepentingan pada masa hadapan.


ree


ree

ree
ree

 
 
 

JPLIPGKKB

bottom of page