top of page

KURSUS PENINGKATAN KOMPETENSI PROFESIONALISME PENSYARAH BAHARU

Tarikh: 05 HINGGA 07 NOVEMBER 2025

Tempat: NUSA HOLIDAY VILLAGE,TAMAN NEGARA, PAHANG


Program Peningkatan Kompetensi Profesionalisme Pensyarah Baru di Nusa Holiday Village,Taman Negara Pahang merupakan satu inisiatif pembangunan profesional yang menggabungkan elemen latihan luar bilik darjah, kepimpinan berpasukan, dan aktiviti lasak. Program ini bertujuan memperkukuh aspek fizikal, mental dan emosi pensyarah baharu IPG Kampus Kota Bharu melalui aktiviti yang mencabar seperti berkayak, kembara alam, orientasi survival, dan latihan kepimpinan.

 

Pelaksanaan di Nusa Holiday Village, Taman Negara Pahang yang berlokasi di kawasan semula jadi memberikan persekitaran yang kondusif bagi membentuk ketahanan diri, semangat kerjasama dan nilai profesionalisme tinggi. Ia juga menjadi wadah untuk membina jaringan hubungan yang positif antara pensyarah baharu dan pihak pengurusan bagi memperkukuh budaya kerja berpasukan di IPGKKB



ree
ree
ree
ree
ree

 
 
 

Comments


JPLIPGKKB

bottom of page