top of page

BENGKEL PENULISAN DOKUMEN RASMI

Tarikh: 21 Januari 2026

Tempat : Institut Pembangunan Modal Insan, Panji Kota Bharu.


Penulisan dokumen rasmi merupakan satu keperluan penting dalam pengurusan dan pentadbiran organisasi pendidikan. Dokumen rasmi yang ditulis dengan tepat, jelas dan mematuhi format yang ditetapkan dapat mencerminkan imej profesional serta meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat dalam sesebuah institusi.

Sehubungan itu, Bengkel Penulisan Dokumen Rasmi ini dirancang untuk memberi pendedahan dan bimbingan kepada peserta berkaitan prinsip, format dan teknik penulisan dokumen rasmi yang betul selaras dengan pekeliling dan garis panduan semasa

Slot Penulisan Dokumen ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam menghasilkan penulisan surat rasmi yang tepat, jelas dan berkesan. Sesi ini memberi penekanan kepada kepentingan penggunaan bahasa yang betul serta format penulisan yang standard dalam urusan rasmi.

Dalam sesi ini, penceramah menekankan aspek-aspek penting dalam penghasilan surat rasmi, antaranya:

  • Tujuan dan fungsi surat rasmi dalam organisasi.

  • Format dan struktur surat rasmi yang betul termasuk kepala surat, rujukan, tarikh, alamat penerima, tajuk, isi kandungan dan penutup.

  • Penggunaan bahasa formal, sopan dan jelas selaras dengan laras bahasa rasmi.

  • Kesalahan lazim dalam penulisan surat rasmi serta cara membetulkannya.

  • Kepentingan ketepatan maklumat dan kejelasan mesej dalam setiap surat yang dihasilkan.


 
 
 

Comments


JPLIPGKKB

bottom of page